
Buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu kini dilepaskan dalam kolam berpagar selepas ditangkap 3 September lalu.
Pegawai berhasrat menjadikannya tarikan pelancong sebaik ia sudah biasa dengan tempat kurungan itu.
Aktivis Pertubuhan Layayan Beretika Terhadap Haiwan (Peta) bagi wilayah Asia Pasifik, Ashley Fruno berkata, meskipun reptilia itu disyaki membaham manusia, adalah lebih baik baginya untuk dibebaskan semula di habitat semula jadinya.
“Kerajaan perlu mengarahkan supaya buaya itu dibebaskan kerana ‘memenjarakannya’ adalah tidak wajar,” kata Ashley. - AFP