Cara Hilangkan Migrain Dan Sakit Kepala

selama hampir tiga tahun saya menderita sakit kepala dan sering juga pening yang teramat sangat.



Ubat yang diambil hanya berkesan untuk sementar waktu sahaja. Ia tetap kembali dan terus menghantui saya. setelah bermacam macam cara saya cuba untuk mencari kaedah rawatannya dan saya telah mengamalkan cara ini.

Ketika baring diatas katil, turunkan kepala anda sehingga mencecah lantai. Dengan kata lain letakan kaki anda diatas katil
dan kepala anda mencecah lantai. Biarkan beberapa minit. Elok dibuat secara berperingkat dan tidak terlalu lama.

Terkejut pula nanti otak anda.Rasionalnya teknik ini ialah ia menurunkan perjalanan darah terus kearah kepala kerana salah satu punca migrin ialah kekurangan darah dan oksigen dibahagian kepala.

Ia berkesan pada saya dan mungkin sebaliknya pada anda. Namun tidak salah jika anda mahu mencubanya kerana ia tidak memrlukan sejumlah wang ringgit pun. Pekara paling penting ialah anda harus mencari punca penyakit ini dan tidak berputus asa mencari jalan penyelesaiannya.

Saya nasihatkan anda supaya tidak bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata. Ini kerana anda harus tahu industri ubat-ubatan mengaut keuntungan yang sangat
lumayan dan mereka bukannya menghasilkan penawar, tetapi mereka menjadikan kita bergantung terus pada ubatan mereka. Jadi, merekalah yang kaya-raya dan untung besar.

Download Link Klick sini