Cara Kawal Ketagih Alkohol

Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil secara berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol.



Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.

KESAN FIZIKAL

Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal.
Barah otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis.

Ulser dan gastritis

Kecederaan otak dan masalah saraf

Masalah jantung dan tekanan darah

Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut

Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan

Masalah seksual
Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)


SINDROM

Ketagihan meminum alkohol merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang lahir dari keturunan yang mengamalkan alkohol mudah terdedah kepada simptom ini:

Kepala kecil

Kurang tinggi

Hilang ingatan

Masalah jantung
Masalah pembelajaran

Koordinasi yang lemah
Kekurangan berat badan.

Kecacatan kaki-tangan serta sendi

Masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah:-

masalah kesihatan mental,

waktu perbelajaran yang terganggu,

kelakuan seksual yang luarbiasa,

menghadapi masalah disiplin,

masalah dadah dan alkohol,

sukar menjaga diri seperti menjadi kutu rayau.


Langkah mencegah ketagihan terhadap alkohol

Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini.
Anda digalakkan minum dalam kuantiti yang sedikit

Selang-selikan minuman beralkohol dengan minuman lain (air mineral, jus buahan, kopi, soda)

Makan sambil minum, makanan dapat membantu melambatkan penyerapan alkohol ke dalam badan.

Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti fizikal dan menonton wayang)

Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat.
Jangan meminum alkohol semasa memandu, ketika mengambil ubat-ubatan atau mengendalikan mesin. Perbuatan yang demikan memudaratkan anda.

Nota: Umat islam dilarang sama sekali minum minuman seumpama ini..