Cop Rasmi Palsu Menteri Besar Perak

Polis percaya dapat menyelesaikan kes penipuan menggunakan kepala surat dan cop rasmi palsu Menteri Besar Perak berikutan penahanan dua lelaki termasuk seorang guru penolong kanan sebuah sekolah baru-baru ini.




Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, kedua-dua suspek yang berusia 45 dan 47 tahun itu ditahan pada 13 September lalu.

Katanya, semasa ditangkap polis turut merampas tiga unit cop getah yang mempunyai kaitan dengan urusan rasmi Pejabat Menteri Besar Perak.

“Salah seorang yang ditangkap bekerja sebagai kontraktor manakala seorang lagi merupakan penolong kanan sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

“Kita juga menemui beberapa dokumen berhubung permohonan untuk projek perusahaan pembalakan di Perak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini semalam