David Choong Meninggal Dunia

Bekas juara beregu Seluruh England, Datuk David Choong Ewe Leong meninggal dunia di kediamannya di Pantai Molek, Tanjong Tokong, Georgetown pada pukul 6.30 pagi semalam.



David, 82, meninggalkan seorang isteri, tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Mendiang bersama adiknya, Datuk Eddy Choong menjuarai gelaran beregu Seluruh England untuk tiga tahun berturut-turut dari 1951 hingga 1953.

Menurut Eddy, abangnya mula diserang strok 15 tahun lalu tetapi keadaannya pulih selepas beberapa tahun selepas itu.

Bagaimanapun katanya, mendiang berada dalam keadaan koma sejak sembilan tahun lalu selepas mengalami serangan kali kedua.

“Kami memang rapat sejak berganding dalam sukan badminton. Kami turut tinggal bersama di England selama 10 tahun,” kata Eddy ketika dihubu- ngi semalam.

Katanya, kematian abangnya itu merupakan kehilangan besar bukan sahaja untuk keluar- ganya tetapi juga negara.

David juga menjulang gelaran beregu campuran Seluruh England bersama June White Timperly pada 1953.

Selain sukan badminton, David merupakan bekas anggota eksekutif Majlis Perbandaran Pulau Pinang selepas memena- ngi pilihan raya 1961 atas tiket MCA.