Deborah Henry Miss Universe 2011

Personaliti televisyen yang juga hos program bual bicara Bella iaitu Deborah Henry meraih markah purata tertinggi dalam persaingan bagi merebut gelaran Miss GB Universe 2011.



Meraih markah sebanyak 9.75, Deborah berjaya meraih gelaran Miss GB Personality Universe 2011 menerusi penjurian wawancara video. Selain itu, markah akan turut dikumpulkan untuk peragaan pakaian renang dan peragaan gaun malam.



Seramai 89 peserta diadili dari pelbagai aspek seperti karisma, postur, skil komunikasi, kecantikan wajah dan jawapan wawancara mereka.



Deborah mengenepikan saingan terdekatnya Alyssa Campanella (USA), Laury Thilleman (Perancis), Adriana Dorn (Nicaragua) dan Johanna Solano (Costa Rica).



Anugerah tersebut diberikan oleh Global Beauties.