Fakta DNA Dan Kromosom

Pernahkah anda mendengar perkataan genetik? Apakah kepentingannya terhadap manusia? Jadi posting kali ini akan merungkai persoalan yang bermain di fikiran anda.



Genetik merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam kesemua makhluk hidup, samada manusia mahupun bakteria. Istilah "genetik" pertama kali diperkenalkan oleh pakar genetik British, William Bateson. Dalam organisma hidup, maklumat genetik disimpan dalam kromosom yang dibentuk daripada molekul DNA dan sejenis protein yang dikenali sebagai histon. DNA adalah singkatan dari perkataan asid deoksiribonukleik yang merupakan merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen Ia kadang kala dipanggil molekul warisan, kerana DNA boleh mewariskan sifat sifat organisma induk.

Sejarah pengetahuan untuk memahami genetik ini bermula apabila Jean Baptiste Lamarck mengemukakan teori evolusinya yang mencadangkan bahawa sesuatu ciri yang diperolehi semasa jangka hayat sesuatu organima boleh diwarisi oleh generasi yang berikutnya, tetapi teori ini lenyap selepas penerbitan The Origins of the Species oleh Charles Darwin ( Tokoh yang terkenal dengan teori yang tidak masuk akal yang mengatakan asal kejadian manusia berasal dari beruk ). Kemudian, Gregor Mendel telah memberi sumbangan terbesar beliau dengan membuat kajian mengenai pokok kacang pis yang membuktikan kewujudan unit-unit diskrit, atau gen, yang membawa maklumat genetik.

Penemuan DNA sebagai unsur genetik dibuktikan oleh Alfred Hershey dan Martha Chase pada tahun 1952. James Watson, Francis Crick dan Maurice Wilson pula berjaya menerangkan struktur DNA yang berbentuk gegelung dwi-heliks pada tahun 1953. Projek terbaru iaitu Projek Genom Manusia pada tahun 2000 yang dipelopori oleh Craig Venter menunjukkan hasil yang menakjubkan apabila 3.1 billion unit nukleotid dalam tubuh badan manusia, hanya 1% (kira-kira 30,000 gen) ditranskripsikan kepada bentuk protein. Adik-adik akan lebih mendalami bidang ini apabila memasuki peringkat menengah.

Jadi anda, manusia merupakan salah satu dari benda hidup yang menetap di dunia ini selain fauna dan flora. Setiap manusia mempunyai warisan atau genetik yang unik dan tersendiri. Bentuk mata, warna kulit, warna mata, albino, cap jari dan sebagainya adalah merupakan contoh warisan atau gen yang diturunkan dari ibu bapa kepada kita melalui kromosom yang membawa maklumat genetik dari baka ibu bapa.

Tetapi tahukah anda bagaimanakah manusia ini mempunyai jantina lelaki dan perempuan?
Sebenarnya setiap manusia yang normal mempunyai 46 kromosom termasuk 2 yang menentukan jenis jantina sama ada lelaki atau perempuan. Setiap bayi yang dilahirkan mempunyai bawaan kromosom yang diterima dari ibu dan bapa masing-masing. Maka bayi itu mempunyai kromosom yang berpasangan untuk melengkapkan kejadian. Bagi seorang perempuan mereka mempunyai sepasang kromosom XX manakala seorang lelaki mempunyai kromosom XY.



Jika si ibu menurunkan kromosom X dan si ayah menurunkan kromosom X juga, maka cantuman kromosom itu akan menjadi XX dan anak yang dilahirkan adalah perempuan. Begitu juga jika ibu menurunkan kromosom X dan si ayah menurunkan kromosom Y, maka cantuman kromosom itu akan menjadi XY dan bayi yang dilahirkan adalah lelaki.

Anda boleh melihat gambarajah di bawah untuk memahami dengan lebih mudah. Oleh sebab itulah kemungkinan untuk mendapatkan anak lelaki atau anak perempuan adalah sama iaitu 50 peratus. Namun begitu, ia juga bergantung kepada baka atau latar belakang sesebuah keluarga itu. Jika si ayah dan ibu lebih ramai adik beradik lelaki, maka kemungkinan untuk mendapat bayi lelaki adalah tinggi dan begitu juga sebaliknya. Menarik bukan. Selamat membaca.