Fenomena Gay Di Malaysia

Lelaki yang mendakwa dirinya seorang gay secara seksualnya lebih tertarik dan menyukai seorang lelaki lain.



Bagi mereka, perasaan seksual terhadap lelaki itu adalah normal dan semulajadi. Perasaan ini mula terbentuk semenjak zaman kanak-kanak dan berlanjutan sehingga keperingkat dewasa. Walaupun terdapat lelaki gay yang turut tertarik kepada perempuan, biasanya perasaan seksual terhadap lelaki lebih dominant dan bermakna kepada mereka. Rasa untuk berkomitment dan menyayangi antara satu dengan lain sama dengan pasangan heterosexual. Mereka suka hidup bersama dan membina kehidupan yang terjamin.
Tiada siapa yang benar-banar faham mengapa sebahagian kita menjadi gay. Ada yang mengatakan gay adalah kesan dari salah didikan semasa kanak-kanak. Sebahagian yang lain mengatakan menjadi gay adalah disebabkan oleh gene itu sendiri. Apa pula pendapat anda ?

Banyak yang mempunyai pengalaman jatuh hati teman sesama jantina semasa zaman kanak-kanak mereka. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna anda adalah seorang gay. Bagitu juga pengalaman menjalinkan hubungan sex dengan teman sejenis sewaktu alam kanak-kanak tidak bermakna anda adalah seorang gay.

Ada yang mengatakan menjadi gay merupakan suatu pilihan seseorang individu. Ini salah. Menjadi gay merupakan sifat semulajadi diri dan bukan kesan langsung dari persekitaran samada akibat pengaruh rakan atau pergaulan. Sifat gay bukan suatu pilihan. Ia tidak semudah memilih Double Cheese Burger di MCDonalds dan keesokannya pula memilih Whooper Jr di King Burger.

Kajian menunjukkan satu dari sepuluh manusia di dunia ini merupakan gay atau lesbian. Ini bermakna jika kita berada dalam satu perhimpunan, maka akan terdapat beberapa orang gay didalamnya. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk kita mengatakan seseorang itu gay atau tidak melainkan dia sengaja mahu kita mengenalinya (misalnya melalui cara dia berpakaian atau assesories yang digunakan). Lelaki gay mampu bergaul dengan orang lain seperti biasa. Ini menyukarkan lagi kita mengenal pasti mereka dengan tepat.

Gay remaja (anak ikan) mungkin sukar memahami mengapa mereka mempunyai naluri yang berbeza. Rakan lelaki lain yang mereka kenali menunjukkan minat terhadap perempuan, lalu menyebabkan remaja gay ini tidak pasti samada diri mereka sesuai bercampur dengan kelumpuk lelaki lurus bendul ini apa tah lagi untuk berbincang atau mendedahkan perasaan sebenar mereka.