Gambar Kahwin Noraniza Idris Dengan Jeffri Hudi

Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi yang kita kenali dengan lagu-lagu berkonsepkan etnik kreatif iaitu Noraniza Idris sah bergelar isteri kepada Jeffri Hudi, seorang bilal sebuah masjid di Singapura.



Majlis pernikahan mereka diadakan di Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang tadi.



Noraniza Idris dan Jeffri Hudi dinikahkan oleh Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak tepat jam 2.45 petang yang diwalikan abang Noraniza, Mohd Arshad, dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran. Noraniza Idris juga menerima wang hantaran sebanyak RM15,000.



Pihak perempuan menerima enam dulang hantaran yang terdiri daripada set minyak wangi, tasbih, telekung, sirih junjung, sebentuk cincin serta sejadah dan dibalas dengan lima dulang hantaran yang terdiri daripada songkok dan kain pelekat, senaskhah Al-Quran, sirih junjung, sejadah dan set minyak wangi.





Untuk info, ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri. Noraniza Idris mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun mempunyai empat orang anak yang berusia antara 15 hingga 26 tahun.