Gambit Keluarkan Kata Kesat Dalam Facebook

Pelakon Gambit Saifullah mengakui kata-kata kesat yang dikeluarkan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini adalah tidak profesional dan terlalu mengikut perasaan.



Gambit, 26, berkata, penggunaan perkataan “babi” dan “anjing” itu tidak ditujukan kepada peminat-peminatnya tetapi kepada individu tertentu yang gemar membuat tohmahan dan fitnah kepadanya selama ini.

"Saya mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan tidak sepatutnya perkataan seperti itu digunakan walaupun saya dalam keadaan marah kerana ia meninggalkan kesan mendalam," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Gambit memberi penjelasan terhadap status Facebook yang ditulisnya dengan menggelar pihak tertentu dalam laman sosial miliknya itu sebagai anjing dan babi.