Gas Metana Keluar Dari Longkang Belakang Rumah

Selepas kewujudan gas dipercayai metana ditemui di Kampung Padang Macang, Manir, Terengganu, kemunculan gas yang disyaki sama ditemui di Kampung Sungai Tiang Baroh di sini semalam.




Gas yang mengeluarkan api itu ditemui seorang penduduk, Mohd. Shamsuri Abdul Rahim, 45, di dalam sebatang parit berhampiran rumahnya pada akhir Ramadan lalu.

Beberapa hari sebelum hari raya, dia sekeluarga terdengar bunyi seperti air mendidih dari arah parit kira-kira 10 meter dari rumahnya terutama pada waktu malam.

Keadaan itu berlarutan setiap malam lalu Shamsuri bertindak beranikan diri meninjau dan mendapati air kumbahan di dalam parit itu membentuk ketulan buih. Sekiranya parit itu didekati, bau seperti gas memasak boleh dihidu dengan kuat.

Dia kemudian memberanikan diri mencucuk sebatang paip besi ke dalam parit berkenaan dan terkejut kerana paip berkenaan menjadi panas dan api warna kebiruan keluar daripada muncungnya. Api itu dikatakan masih menyala sehingga hari ini.