Google Street View Rakam Wanita Bogel

Perkhidmatan Google Street View dikatakan telah merakamkan seorang wanita yang berbogel di luar rumahnya di Florida, Amerika Syarikat.



Wanita itu memegang sebotol air minuman semasa kelibatnya dirakamkan menerusi kamera tersebut.

Kelibat wanita tersebut dirakamkan menerusi kamera Google yang dipasang pada sebuah kereta yang melalui kawasan dekat dengan rumahnya.

Google Street View merupakan perkhidmatan yang menyediakan kemudahan kepada para pengunjung Internet untuk mengetahui sesuatu lokasi.