Guru Seorang Pelakun Lucah

Seorang guru pendidikan seks, Benedict Garrett berumur 30 tahun membuat pengakuan bahawa dia tidak malu menjadi seorang pelakon filem lucah.



Identitinya sebagai pelakon lucah terbongkar selepas pelajar-pelajarnya mendapati dia menjadi seorang penari bogel di sebuah laman web.

Namun, dia yang tugasnya digantung sebagai Ketua Pendidikan Ekonomi, Kesihatan, Sosial dan Peribadi di Sekolah Tinggi Ilford, Essex oleh pihak pengurusan sekolahnya tidak pernah kesal dengan kerjayanya sebagai pelakon filem lucah.

Menurutnya, pada mulanya dia menjadi penari bogel pada setiap hujung minggu dan cuti sekolah sebelum seorang penerbit filem lucah menghubunginya untuk menawarkan peluang lakonan.

Dia dibayar £300 (RM1,441) untuk satu adegan seks dan tidak memakai kondom semasa melakukan hubungan seks.

Alasan yang dikemukakan oleh Garret kerana tidak memakai kondom ialah industri filem lucah itu mengambil berat mengenai tahap kesihatan pelakon.

Menurutnya, berita mengenai dia menjadi penari bogel telah tersebar luas di kalangan pelajar menyebabkan pihak sekolah menggantung tugasnya.