Hebatnya Otak Manusia

Apa sahaja yang kita lakukan semuanya kene guna otak, kalau buat kerja tak guna otak, apa akan jadi agaknya..? Disini saya ingin kongsikan bersama anda 10 kehebatan otak manusia yang dicipta tuhan dengan begitu sempurna sekali.



1. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.

2. Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.

3. Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.

4. Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang disebut pandai bergantung dari seberapa banyak SAMBUNGAN (connection) yang terjadi antara neuron.

5. Jika otak tidak dapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.

6. Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. Inilah asas ilmiah dari pentingnya melakukan visual positif.

7. Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.

8. Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.

9. Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.

10. Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.

Jom kita test pula bagaimana otak kanan dan kiri berfungsi secara berbeza, lihat gambar dibawah..