Ibu Kerdil Lahirkan Seorang Bayi Sihat

Ibu terkecil di dunia ini telah melahirkan untuk kali ketiga, meskipun dia diingatkan akan membahayakan hidupnya.




Stacey Herald, yang memiliki tinggi 2 kaki 9 inci, diberitahu bahawa kehamilan mampu membunuhnya. Namun dengan berani dia menentang para doktor untuk memiliki dua bayi. Dia disahkan menderita osteogenesis imperfekta, yang menyebabkan rapuh tulang dan paru-paru sehingga menyebabkan dia tidak berkembang. Herald, yang menggunakan kerusi roda dan suaminya Will, yang memiliki tinggi 6 kaki 4 inci, tidak sabar menunggu kelahiran bayi ketiga mereka. Dia mengaku ketika sedang hamil adalah tidak selesa dan hanya terbaring di tempat tidur selama berminggu-minggu.