Isteri Ditembak Kerana Minta Cerai

Gara-gara seorang isteri yang memfailkan permohonan tuntutan cerai terhadap suaminya telah ditembak mati.




ISLAMABAD, Pakistan - Beberapa lelaki bersenjata menembak mati seorang ibu dan anak perempuannya pada siang hari di sebuah kawasan perumahan mewah di ibu kota Pakistan di sini semalam selepas si ibu mengemukakan tuntutan cerai terhadap suaminya, kata polis.

Mangsa, Najma Bibi, 40, berada di dalam sebuah kereta apabila dia ditembak mati bersama anak perempuannya yang berusia 18 tahun, Sidra dan seorang pemuda berumur 28 tahun, Nazeer.

Serangan berlaku ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang selepas Najma memfailkan permohonan cerai di sebuah mahkamah syariah di sini.

Setakat ini, polis masih belum mengetahui dengan jelas mengenai hubungan pemuda itu dengan kedua-dua wanita berkenaan.

"Kes ini bermotifkan dendam peribadi. Wanita berkenaan menuntut cerai dan kami menganggap suaminya berjaya membunuhnya," kata seorang pegawai polis, Jamshed Khan. - AFP