Jururawat Gempal Penipu Besar

Macam-macam cara orang menipu. Dalam kejadian di Sungai Puyu dekat sini, seorang wanita kerugian RM11,000 apabila mendakwa diperdaya jururawat peribadi arwah ibunya yang menghidap kencing manis.




Norida Abdul Rahim, 50, mendakwa, kejadian itu berlaku sebaik dia mendapatkan khidmat jururawat bergelar Premila, 20-an, selepas dicadangkan oleh seorang kakitangan Hospital Seberang Jaya awal Januari lalu.

Dakwanya, mereka sekeluarga pada mulanya senang dengan tingkah laku wanita tersebut memandangkan dia cepat mesra, bermulut manis dan mengambil berat terhadap ibunya walaupun dikenakan caj rawatan yang tinggi. Ibu Norida telah meninggal dunia Jun lalu.

"Kami sekeluarga telah mengadakan kenduri kesyukuran selain memohon cuti selama seminggu untuk ke sana. Sebagai tanda terima kasih, saya belikan iPhone kepadanya," katanya lagi yang mendakwa memberi RM4,000 lagi kepada suspek sebagai pinjaman.

Bagaimanapun katanya, dia mula ragu-ragu apabila melihat surat tawaran yang beralamat di Kajang itu mempunyai beberapa kesilapan dalam ejaan.

"Tembelang Premila pecah apabila saya mengetahui yang tawaran itu tidak wujud selepas menghubungi Bahagian Sumber Manusia BMW Motors Malaysia pada 13 April lalu," katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas pada 18 April lalu.

Ujar Norida, dia telah menghentikan khidmat Premila sejak April lalu selepas gagal mendapatkan wangnya semula dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika didekati wanita tersebut.