Kaedah Phishing Pindah Duit Ke akaun Lain

Phishing ialah kaedah menggunakan alamat palsu ke laman utama sebuah bank. Modus operandi itu ialah menggodam maklumat pelanggan bank yang melakukan transaksi di kios-kios perbankan.




Sekumpulan sindiket hanya memerlukan sebatang pemacu pena untuk menyerap semua butiran transaksi pada komputer di kios berkenaan sebelum memindahkannya ke komputer peribadi kumpulan itu.

Dengan mencetak laporan polis dan salinan kad pengenalan palsu kumpulan itu dapat mengemukakan kepada syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan kad SIM baharu.

Untuk memalsukan salinan kad pengenalan, kumpulan itu akan mengekalkan butiran peribadi mangsa tetapi gambarnya akan ditukar dengan gambar anggota kumpulan tersebut.

Ia bertujuan untuk memudahkan rancangan mereka ketika pihak bank menghantar kod pengesahan transaksi (TAC) setiap kali mereka melakukan pemindahan wang dari akaun mangsa. Kumpulan itu menggunakan perisian khas menggunakan perisian khas yang dimuat turun dari Internet.