Kanak Kanak 2 Tahun Ketagih Merokok

pada usia 2 tahun seharusnya dia masih menetek susu ibunya atau setidak-tidaknya menghisap botol yang berisi susu lembu berkhasiat.lain dengan Ardi Rizal,susu bukanlah pengubat kepada tumbesarannya tetapi,



lagaknya bagaikan pemandu lori tanah yang telah mengangkut tanah sebanyak 10 trip penat mengangkut dan memandu rokok menjadi penawar kepada kepenatan.kanak-kanak yang berasal dari Musi Bnyuasin selatan sumatera ini akan mengamuk dan menghentak-hentak kepala ke dinding jikalau permintaannya untuk menghisap rokok tidak ditunaikan.



bapanya si mohammed yang berusia 30 tahun berkata tidak nampak sebarang perkara yang membuatkan anaknya sakit malahan ia nampak lebih sihat dan bertenaga dengan rokok yang dibekalkan sebanyak 2 kotak sehari.



manakala ibunya begitu risau dengan keadaan ardi kerana kanak-kanak itu akan menjadi sakit dan ketagihan jikalau tidak dapat menghembuskan kepulan-kepulan asap rokok.ibunya diana bilang sesungguhnya menghisap puting tetek lebih baik dan sihat dibandingkan dengan menghisap rokok.