Kapal Pasang Bendera Malayia Terbalik

Sebuah kapal dagang asing yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik ditahan sebelum didapati melakukan kesalahan lain iaitu melepaskan sauh tanpa kebenaran ditahan di perairan Tanjung Piai.



Kedudukan Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di atas kapal MV Yong An dari Korea Utara itu menarik perhatian pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan untuk menyiasat.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zukifili Abu Bakar berkata, curiga dengan apa yang berlaku, anggota APMM yang membuat rondaan rutin di perairan berkenaan terus menaiki kapal tersebut kira-kira pukul 1 petang kelmarin.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut gagal memaklumkan ketibaan mereka dalam perairan Malaysia dan dengan sengaja menaikkan bendera Malaysia secara terbalik.