Karipap Karipap Cinta 2011 Full Movie

Cerita mengisahkan Ali (Gambit Saifullah) adalah seorang pemuda yang sopan dan baik hati namun tidak bercita-cita tinggi dan kurang motivasi. Ali bekerja di sebuah syarikat penerbitkan akhbar politik dan majalah misteri.



Tugasnya sebagai jurufoto yang mengambil gambar tempat-tempat yang kelihatan seram dan memanipulasi gambar-gambar tersebut seolah-olah kelihatan berhantu. Ali jatuh hati pada Sarah (Melia Aimellia), yang bekerja sebagai kartunis di syarikat yang sama. Dalam satu kejadian ragut, Ali bertidak menjadi hero untukmenyelamatkan Sarah, tetapi terpaksa diselamatkan pula oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali yang mendapat tahu yang Sarah adalah lulusan Universiti Al-Azhar berbohong bahawa dia juga adalah graduan universiti yang sama dalam usaha untuk memikat Sarah.