Kasut Neelofa Jadi Perhatian

Setiap kali Neelofa tampil ke majlis hiburan atau sesi foto, perkara utama yang membuatkan orang tertarik memandangnya, selain wajah yang cantik adalah kasut tumit tinggi yang dipakainya.



Di kalangan rakan-rakan artis, pelakon yang nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 22, terkenal sebagai seorang yang obses terhadap kasut. Hidup dia tidak sempurna tanpa kasut tumit tinggi.

Baru-baru ini, S3 berpeluang melihat koleksi kasut Neelofa yang disimpan di salah sebuah rumah milik keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

“Ini adalah sebahagian daripada kasut-kasut milik Lofa. Bukan untuk Lofa pakai tapi untuk dijual kepada orang ramai, sebab Lofa buat perniagaan menerusi internet," katanya.

Tambahnya, sebaik sahaja menyarung kasut yang mempunyai ketinggian empat hingga enam inci itu, dia merasa yakin dengan penampilan diri.