Kebaikan Mandi Wap (Sauna)

Sauna dan terapi panas (mandi wap) merupakan antara cara detoksifikasi yang paling mudah.



Semasa sauna, perpeluhan melalui liang roma dapat menyingkirkan toksin dan sisa buangan dari badan. Selain dari menyingkirkan toksin di dalam badan, terapi ini juga dapat merelakskan otot badan yang tegang.

Kulit kita dikenali sebagai buah pinggang yang ketiga dalam badan kita kerana peluh kita mengandungi unsur yang sama dengan air kencing. Kulit merupakan organ detoksifikasi yang terbesar kerana 30% sisa buangan badan disingkirkan dari badan melalui air peluh. Sauna dapat menggalakkan perpeluhan untuk menyingkirkan kokaina, nikotina, racun serangga dan lain-lain. Sauna selepas senaman dapat menyingkirkan lebih banyak toksin dari badan.



Proses detoksifikasi menjadi lebih berkesan jika anda melakukan sauna atau mandi panas semasa melaksanakan program detoks 7 hari. Namun, anda tidak digalakkan melakukan sauna lebih daripada 30 minit. Selepas sauna, anda perlu mandi untuk membersihkan diri dan rehat secukupnya serta minum air yang cukup.