KEK KUKUS LAPIS HOLIDAY INN

Hari yang seronok dan gembira, saya nak kongsikan resepi kek lapis kukus yang agak menarik juga ni..



Bahan-bahan:

10 biji telur
16 oz mentega
1 gelas gula
1 tin susu manis
1 tin sederhana sekaya
1 tin nestle cream
1 botol holicks
2 gelas tepung gandum
1 sd teh baking powder
1 sd teh esen vanilla
Browning sugar secukupnya(anggaran 2 sd teh)

Cara :
1. Pukul mentega + gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu-persatu
3. Masukkan sekaya + nestle cream + holicks +esen vanilla.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
5. Baru bubuh browning sugar, gaul rata dan sebati.
6. Masukkan adunan dalam loyang, kukus hingga masak.
(Anggaran satu jam atau lebih)