Kekasih Minta Bogel Depan Kamera Web

Kerana percaya dan asyik dilamun cinta di alam maya, gadis-gadis yang telah diperdaya ini rela berbogel didepan kamera Web semata-mata mahu memuaskan hati kekasihnya mayanya iatu..



KUALA LUMPUR: Rakaman gambar bogel mangsa di depan kamera web turut menjadi alat lelaki Nigeria memeras ugut wanita tempatan bagi mendapatkan wang.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berkata, tindakan itu menunjukkan anggota sindiket penipuan itu semakin berani dan tidak lagi sekadar melakukan jenayah kolar putih.

“Selepas memerangkap mangsa dengan ayat-ayat cinta, mereka meminta mangsa berhubung menggunakan kamera web, tetapi mereka sendiri tidak menunjukkan identiti sebenar dengan alasan tidak mempunyai peralatan itu.

“Mangsa yang sudah hanyut dengan cinta palsu suspek dipujuk berbogel depan kamera web sebelum suspek merakam aksi berahi pasangan mereka itu,” katanya.


Menurutnya, selepas itu, suspek menyamar sebagai individu lain dan mendakwa mempunyai rakaman gambar bogel mangsa dan memeras ugut mereka.


Katanya, akibat takut gambar bogel mereka disebarkan, mangsa sanggup membayar wang ribuan ringgit kepada suspek tanpa menyedari mereka diperalatkan kekasih maya terbabit.