Kenali Penyakit Asma

Asma atau lebih dikenali sebagai lelah merupakan penyakit yang boleh di anggap sebagai penyakit kronik. Ini kerana sekiranya pesakit lambat mengambil tindakan awal ketika diserang ia boleh mengakibatkan nyawa pesakit dalam keadaan kritikal.



Asma merupakan penyakit yang menyerang pada salur pernafasan manusia yang akan menyebabkan seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Selain itu juga nafas akan menjadi tersekat-sekat dan akan menghasilkan bunyi yang tidak menyenangkan. Ini kerana berlakunya penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru ketika pesakit menyedut udara. Apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru, salur pernafasan akan menjadi kejang dan berlakunya penyempitan ruang udara. Sekiranya pesakit di serang ketika pesakit mengalami batuk yang berkahak, ia akan mengakibatkan pesakit berada dalam keadaan yang kurang baik. Akibat daripada itu sekiranya diserang, penyempitan ruang udara ke paru-paru akan terjadi dan boleh mengakibatkan pesakit pengsan dengan serta merta dan boleh mengakibatkan kematian.
Tanda-tanda serangan asma?

Tanda-Tanda Untuk Penghidap Asma atau Lelah

Kesukaran untuk bernafas.
Sering batuk.
Pernafasan menjadi pendek dan berbunyi.

Faktor yang memburukkan lagi keadaan Penghidap Asma

Alahan kepada habuk.
Bulu binatang seperti kucing.
Debunga
Asap - rokok, kenderaan.
Senaman yang tidak teratur.
Tekanan kerja.
Tekanan perasaan.
Alahan Ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin.
Pencemaran udara termasuk pendedahan kepada bahan kimia. Sebagai contoh adalah asicynates yang di gunakan dalam industri plastik dan pengecatan.