Kereta Api Langgar Traktor

Seorang lelaki warga Indonesia maut apabila traktor pengangkut kelapa sawit yang dipandunya dirempuh sebuah kereta api penumpang semasa cuba melintas di landasan di Kilometer 44, Sungai Dusun Kula Karai.



Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa, Mohd. Rizwan Mohd. Shaiful, 26, yang merupakan pekerja di Ladang Mengkebang di sini mengalami kecederaan parah di kepala dan putus telinga.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supritendan Abdul Rahman Jaafar berkata, kejadian berlaku ketika traktor yang membawa muatan buah kelapa sawit itu dalam perjalanan ke tempat simpanan yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Jelasnya, akibat kemalangan tersebut, traktor itu terputus dua manakala perjalanan kereta api yang membawa 80 penumpang dari Tumpat ke Gua Musang itu tergendala selama sejam.