Konsert Alleycats Kembali 2011

Sudah separuh daripada 2,250 tiket Konsert Sampaikan Salam Alleycats yang akan berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 16 hingga 18 September ini sudah dijual setakat hari ini.



Tiket berharga RM65, RM85, RM125 dan RM165 adalah yang paling laris dibeli oleh peminat manakala tiket berharga RM205, RM245 RM305 dan RM450 tetap mendapat sambutan walaupun jualannya perlahan.

konsert yang dibawakan khas oleh AM Event Management dengan kerjasama IB itu dijangka mengulangi jualan tiket box-office kerana Alleycats mempunyai peminat tersendiri sejak ditubuhkan 43 tahun lalu.

Jom ramai ramai serbu konsert ini. Yang pasti ia akan mengamit memori kita semua..