Kucing Dua Wajah

Lagi seekor kucing yang mempunyai dua wajah ditemui di Massachusetts yang akan berusia 12 tahun dalam bulan ini.




CONWAY, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing di Massachusetts, AS memiliki dua wajah dan diberi nama Frank dan Louie.

Haiwan itu yang berusia 12 tahun dalam bulan ini merupakan kucing yang memiliki dua wajah paling lama pernah hidup di dunia, kata seorang jurucakap Guinness World Records, Sara Wilcox kelmarin.

Kucing itu mempunyai dua mulut, dua hidung dan tiga mata.

Haiwan itu mempunyai satu otak. - Reuters