Lagu Duet Winehouse Terbaru 2011

Rakaman lagu terakhir Amy Winehouse sebelum dia meninggal dunia pada bulan Julai lalu, sebuah duet dengan penyanyi veteran, Tony Bennett akan dikeluarkan pada hari Rabu ini iaitu pada hari jadinya yang ke-28.



Rakaman lagu dan video klip Body And Soul dirakamkan di Abbey Road Studios, London pada 23 Mac lalu dan sedikit hasil kutipan jualan lagu tersebut akan diserahkan kepada Yayasan Amy Winehouse.

Yayasan yang ditubuhkan oleh bapanya, Mitch itu merupakan badan kebajikan bagi membantu remaja yang mempunyai masalah ketagihan.