Lesbian Cari Kepuasan Nafsu

Tidak sekadar mengadakan pelbagai parti liar di kelab malam mahupun rumah, golongan ini semakin aktif mencari dan menambah kenalan baru menerusi laman sosial popular, Facebook.



Ini berikutan laman maya itu memudahkan golongan bernafsu songsang berkenaan mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan dalam tempoh singkat.

Hakikat ini diakui oleh Ling, 23, dan Shira, 25, yang turut menyertai pelbagai ‘Kelab’ Lesbian di alam siber itu.

Menurut Ling, dia menyertai kelab berkenaan atas ajakan rakannya bagi membolehkan mereka menerima layanan mesra dan manja daripada komuniti laman itu.



“Hanya wanita memahami perasaan wanita lain. Sebab itu saya menyertai kelab seperti ini kerana beberapa kali kecewa dipermainkan lelaki. Kebanyakan lelaki hanya mahu mengambil kesempatan.

“Bila bercinta dan menjalin hubungan dengan golongan sejenis, saya rasa dihargai. Malah, golongan lesbian lebih baik daripada lelaki dan lebih memahami jiwa dan kemahuan sesama sendiri.