Lidah Wanita Paling Panjang Di Dunia

Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter.



Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.

Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai

"Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya.

Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya membuatkan dia terkejut dan menjerit sama...