Malaysia Nak Tukar Jalur Gemilang

Malaysia akan menukar jalur gemilang atau pun dengan kata lain Tukar bendera malaysia sekiranya pembakang menguasai malaysia nanti. "lapuran ahkbar utusan"



baca lapuran dari utusan malaysia dibawah..

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kenyataan wakil rakyat DAP, M. Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya memperoleh kuasa merupakan bukti jelas bahawa pembangkang sedia mengubah segala-galanya termasuk Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat menilai kenyataan itu secara rasional kerana kesan daripada hasrat tersebut boleh memberi implikasi paling buruk kepada negara serta rakyat.

Ujarnya, selain itu perkara diucapkan oleh Manoharan turut memperlihatkan niat sebenar pihak pembangkang bahawa mereka sentiasa berusaha menghapuskan warisan dan sejarah negara yang selama ini amat dipertahankan oleh rakyat.

‘‘Kita tahu niat pembangkang apabila mereka berkuasa mereka mahu membuang sebahagian daripada warisan kita. Mereka mahu menukar segala-galanya dan bukan setakat Jalur Gemilang sahaja. Mereka mahu mengubah Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Mudah-mudahan mereka tidak berkuasa kerana apa yang mereka hasratkan ini akan menyebabkan negara dan rakyat bakal berhadapan dengan satu fenomena luar biasa serta implikasi yang amat besar,’’ katanya.