Padah Lawan Perompak

Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, kalau tak cukup ilmu didada jangan pula nak tunjuk handal..



Tindakan seorang lelaki yang cuba menggagalkan kejadian samun di sebuah kedai serbaneka menyebabkan dia cedera parah selepas ditikam di leher oleh salah seorang daripada tiga penyamun terbabit.

Kejadian pukul 12 tengah malam kelmarin di Jalan Bakar Arang, di sini itu berlaku apabila mangsa berusia 20-an itu datang ke kedai tersebut untuk membeli sesuatu.

Tiga lelaki memakai topi keledar kemudian masuk ke dalam kedai dan menahan juruwang serta mangsa sebelum mengacukan pisau ke leher. Mangsa yang cuba melawan kemudian cedera parah akibat ditikam dileher.


Apapun tindakan berani lelaki ini harus juga di hargai, cuma malangnya nasib tak menyebelahi dia.. Buat para pembaca semua jadi ini sebagai pengajaran kerana nyawa kita lebih penting dari wang ringgit..