Pengedar Dadah Bom Thailand

Pihak berkuasa Thailand mendakwa kumpulan-kumpulan pengedar dadah mempunyai kaitan dengan pengeboman berangkai yang berlaku di wilayah selatan negara tersebut.



Ketua polis bandar terbabit, Jakraporn Thaenthong memberitahu, jumlah kematian akibat tiga letupan bom di bandar sempadan Sungai Golok kini menjadi empat orang selepas seorang mangsa yang cedera meninggal dunia di hospital.

Menurut Jakraporn, 13 orang daripada 60 yang cedera berada dalam keadaan serius. Serangan bom yang diletakkan di dalam sebuah kereta dan dua buah motosikal itu merupakan serangan terbesar sejak Thailand membentuk kerajaan baru pada Ogos lalu. Thailand kini dipimpin oleh Perdana Menteri wanita pertamanya, Yingluck Shinawatra.

Sejak kerajaan baharu mengambil alih pemerintahan, polis telah merampas lebih 100,000 pil methamphetamine di wilayah Narathiwat. Serbuan antidadah terbaru dilakukan pada Rabu lalu.

Video dibawah dikutip dari lintas langsung berita indonesia..


"Serangan ini adalah maklum balas terhadap tindakan pihak berkuasa yang sering melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah. Kami percaya kumpulan pengedar dadah membiayai pemberontak untuk melakukan serangan ini.

"Jika dilihat kepada lokasi dan waktu bom-bom itu diletupkan, mereka memang mahu mencederakan orang awam," kata Jakraporn. Letupan tersebut berlaku di hadapan sebuah hotel utama dan dua pusat komuniti.

Lebih 4,700 orang telah terbunuh di wilayah selatan sejak pemberontakan tercetus pada tahun 2004. Sehingga kini, masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan pada Jumaat itu.

Beberapa kebakaran kecil juga berlaku. Pihak berkuasa telah memutuskan perhidmatan telefon bimbit untuk menghalang kemungkinan ada lagi bom akan diletupkan.