Pesawat Canggih Guna Enjin Hidrogen

Canggih, sebuah pesawat komersial berteknologi tinggi yang menggunakan Enjin Hidrogen untuk terbang.




LONDON 29 Sept. - Seorang pereka muncul dengan konsep sebuah pesawat komersial yang menggunakan enjin hidrogen, Lockheed Stratoliner.

Pesawat yang mungkin menjadi kenyataan suatu hari nanti itu juga mampu terbang jauh pada altitud tinggi.

Pereka tersebut, William Black mendapat inspirasi rekaan konsep itu daripada burung Godwit yang berkeupayaan terbang sejauh 11,609.6 kilometer.

Burung itu biasa ditemui di Australia yang terbang ke Alaska tanpa berhenti untuk makan.

Idea Black turut menjurus kepada kepak burung itu untuk menghasilkan pesawat bebas pencemaran.

Bagaimanapun, penciptaan pesawat berkenaan dilihat perlu mengambil masa panjang sebelum menjadi realiti.

Lockheed Stratoliner akan menggunakan empat enjin hidrogen untuk terbang ke altitud tinggi dan terapung seperti burung.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi yang dapat terbang dengan menggunakan paras kuasa rendah seperti jet pejuang.

Dengan itu, pesawat berkenaan dapat menjimatkan penggunaan bahan api tetapi teknologi enjin hidrogen masih jauh dan perlu dibangunkan dengan lebih gigih lagi. - AGENSI