Remaja Ketagih Seks Rogol Gadis

Seorang remaja lelaki diberkas polis dan masih memburu rakannya kerana disyaki merogol seorang gadis berusia 16 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Pelanduk Teluk Kemang.



Kejadian berlaku pukul 5.45 petang apabila mangsa yang berasal dari Bukit Pelanduk di sini ditahan kedua-dua suspek ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumah.

Mangsa kemudian diajak oleh kedua-dua suspek ke sebuah ladang kelapa sawit berhampiran sebelum merogolnya.