Resepi Ayam Panggang Kenny Rogers

Ayamm panggang satu menu yang agak mengiurkan. Kali ini apakata kita berkongsikan Resepi ayam panggang ala Kenny Rogers. Jom tengok resepinya..



Cadangan penyediaan : 4-5 orang
Masa penyediaan : 2 jam

Bahan-bahan asas :
1 ekor ayam atau 4 ketul ayam (bersaiz 1/4 ayam seperti hidangan di Kenny Rogers)

Bahan-bahan untuk perap ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2-3 sudu besar sos lada hitam **
2 sudu madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran ***
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air (untuk kisar semua bahan perapan)
Sedikit mentega

Info tambahan :
** Campuran ini boleh digantikan dengan soso tiram yang dicampur dengan kicap pekat dan lada hitam.
*** Boleh gantikan herba campuran (Italian herbs) dengan serbuk Oregano atau dry basil leaves.

Cara membuatnya :

1. Kisar semua bahan perapan. Campurkan sedikit air untuk memudahkan bahan-bahan ini dikisar.
2. Lumurkan bahan-bahan perapan yang telah dikisar tadi pada ayam yang telah dibersihkan. Perap selama 1 jam (rasa akan jadi lebih sedap jika diperap lebih lama atau semalaman).
3. Sapukan sedikit mentega pada permukaan non-stick pan atau loyang yang hendak digunakan untuk memanggang (saya tiada oven, maka saya gunakan kuali non-stick yang bertutup untuk memanggang ayam ini).
4. Bakar ayam tersebut selama 20 minit untuk setiap bahagian, depan dan belakang (saya gunakan potongan 1/4 ayam, jadi saya perlu terbalikkan ayam setiap 20 minit dengan kuali yang bertutup sehingga ayam tadi empuk).
5. selemat 20 minit dimasak di dalam kuali, pindahkan ayam tersebut di dalam bekas yang boleh dimasukkan ke dalam microwave. Tuangkan campuran rempah yang berbaki di dalam kuali ke atas ayam tadi dan masukkan ke dalam microwave selama 2-3 minit (untuk memastikan bahagian dalam ayam tersebut benar² masak)
6. Sedap jika dihidangkan bersama coleslaw, kentang goreng atau kentang putar seperti resepi di bawah tadi. Selamat mencuba

Tips :
Jika kita hanya menggunakan hanya 1/2 ekor ayam atau hanya beberapa ketul ayam yang dipotong kecil (untuk 1-2 orang makan), bahan² perapan tadi boleh la disimpan bakinya untuk digunakan sebagai perapan pada masa akan datang. Tetapi, pastikan baki bahan perapan itu disimpan di dalam peti sejuk dalam bekas yang bertutup untuk mengekalkan keadaannya.