Resepi Karipap Sardin

Hari ni nak kongsi Resepi karipap sardin pulaklah dengan anda semua, Kalau yang dah biasa buat tu pun boleh tengok juga , mana tahu terkurang terlebih boleh kita share sama-sama..



Bahan Bahan

Kulitnya:

400 gm tepung gandum
2 sudu makan majerin planta
40 ml minyak masak di panaskan
150 ml air hangat
½ sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)


Cara:

Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar. Tuang kedua minyak & majerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit, sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda perlukan. Kemudian canai, bubuh inti dan kelim kemas-kemas. Goreng dgn kaedah terendam (deep frying) dgn api yg sederhana. Angkat dan toskan.

Inti Sardin:

1 tin sardin (kalau nak sedap, gunakan Ayam Brand)
3 biji bawang besar (hiris)
2 sudu makan cili kering kisar
1 batang cili merah (hiris)
1 batang cili hijau (hiris)
½ sudu teh gula
secubit garam
jus dari ½ biji limau kasturi
2-3 sudu makan minyak utk menumis


Cara:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis separuh dari bawang hiris. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga garing. Masukkan pula sardin dgn sedikit jer sos tomatonya, lebihan bawang hiris tadi dan juga cili hijau dan merah. Kacau rata tapi pastikan ikan jgn terlalu hancur/lumat. Biarkan kasar-kasar sedikit. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat dari api. Dah siap kan,apa lagi bolehlah makan dan sambil-sambil tu kita nonton filem karipap karipap cinta he he..[MTB]