Resepi Kek Gulung Pandan

Bagi yang suka sangat buat kek ni dan dan mengelamun nak buat kek ape, apakata kita cuba pulak buat kek gulung pandan. sedap oO..



Bahan-Bahan

Untuk Span Pandan:
10 biji telur
180 gm gula
175 gm tepung gandum
12 gm tepung jagung
62 gm mentega cair
2 helai daun pandan Untuk Krim Perasa Pandan:
250 liter susu segar
60 gm gula
3 biji kuning telur
30 gm serbuk santan
250 gm krim putar
10 gm serbuk gelatin
2 helai daun pandan


Cara :
Tepung gandum & tepung jagung diayak bersama-sama.
Kisar daun pandan dengan air sebelum ditapis & dicampur denagn mentega cair.
Pukul telur & gula hingga kembang kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Kacau hingga rata & masukkan campuran air daun pandan & mentega. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam acuan kek gulung yang telah digriskan & bakar pada suhu 200C (8 minit). Untuk membuat krim perasa pandan, kisar daun pandan dengan susu sebelum ditapis & disuamkan.

Gula dikacau dengan kuning telur, campurkan air daun pandan & susu, serbuk santan & gelatin. Kacau hingga larut barulah dimasukkan krim putar. Kek yang sudah masak ditiarapkan ke atas gris yang dipotong panjang. Tuangkan krim perasa pandan ke atas kek, sapu rata. Angkat hujung kertas gris, gulung kek perlahan-lahan sebelum dipotong.