Resepi Kek Lapis Serawak

Kek lapis Serawak ni antara kek yang tersedap dan tak lah sesusah mana nak membuatnya. Jom tengok resepinya..



Bahan Bahan:

10 BIJI TELUR
16OZ MENTEGA
200 G HORLICK
80 G KAYA

50 G SERBUK SANTAN
600 G COKLAT MASAKKAN
1 TIN SUSU MANIS
1½ GELAS GULA HALUS

1½ GELAS MILO
2GELAS TEPUNG GANDUM
1 SUDU TEH VANILLA
1 SUDU BESAR OVELLET
BROWNING SUGAR DAN PEWARNA KUNING

Cara buat:

PUKUL MENTEGA DAN GULA HINGGA PUTIH. MASUKKAN TELUR SATU PERSATU HINGGA HABIS DAN GAUL RATA. SELEPAS ITU, MASUKKAN SUSU MANIS, HORLICK, KAYA, SERBUK SANTAN, TEPUNG GANDUM DAN VANILLA. BAHAGI ADUNAN KEPADA 2 BAH.

1. CAMPURKAN DENGAN PEWARNA KUNING DAN BAHAGI KEPADA 2 (ATAS & BAWAH)
2. CAMPURKAN BROWNING SUGAR DAN COKLAT MASAKKAN (YG DICAIRKAN)
BAKAR SECARA BERLAPIS-LAPIS.
KUNING BAWAH – COKLAT – KUNING ATAS.
P/S : 300G COKLAT MASAKAN SAHAJA!