Resepi Ketam Bercili Telur

Bagi anda jarang-jarang memasak mengunakan menu masakan ketam, bolehlah mencuba resepi ni. Senag dan tak sesusah manapun..



Bahan Bahan:

1) 4 ekor ketam dibersihkan dan dibelah dua (hancurkan sedikit kulitnya supaya mudah nak makan :D)

2) 3 biji telur

3) 1 biji bawang besar - dihiris nipis bulat

4) 2 biji cili merah -dihiris nipis

5) 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah dan 1cm halia muda dikisar hancur

6) 3 sudu besar pes cili

7) 2 sudu besar sos tiram

8) 2 sudu besar sos cili

9) 1 sudu besar sos tomato

10) garam secukup rasa

11) 1/4 cawan air

12) minyak untuk menumis

Cara membuat:

1) Bahan2 yg dikisar dan pes cili ditumis hingga pecah minyak

2) Kemudian curahkan sos tiram,sos cili,sos tomato dan kacau hingga pekat

3) Masukkan telur dan biarkan sehingga separa masak, kemudian baru kacau supaya telur tersebut berketul2 dan tidak terlalu hancur..

4) Masukkan air, dan sedikit garam (kalau tak suka masin, tak letak garam pun boleh sebab sos2 tue da agak masin)

5) Kacau rata dan kemudian masukkan pula ketam. Gaul rata ketam tersebut bersama semua bahan

6) Apabila dah sebati, akhir sekali barulah masukkan bawang besar, dan hirisan cili.

7) Goreng lagik sehingga bawang tersebut sedikit layu..

7) Sedia untuk dingap!