Resepi Nasi Tomato Istimewa

Nak buat nasi tomato tidak sesusah manapun. jom ikuti cara mudah nak buatnya..



Bahan-bahan:
720gm beras basmathi | dibasuh dan ditos
4 sudu makan bawang merah kisar
4 sudu makan bawang putih kisar
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
Bunga cengkih secukupnya
Buah pelaga secukupnya
2 batang serai | diketuk
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji tomato segar | dibelah empat
750ml air
375ml susu cair
180ml tomato puri
4 sudu makan minyak sapi
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan hiasan:
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan gajus
1 sudu makan daun bawang
1 sudu makan daun sup

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, serai serta daun pandan sehingga naik bau dan berwarna kekuningan.
2. Kemudian masukkan puri tomato, tomato dan dikacau rata. Tambahkan air secukupnya dan kacau lagi.
3. Seterusnya masukkan beras dan perasakan.
4. Setelah itu, masukkan susu cair dan digaul rata dengan beras.
5. Tanak nasi sehingga masak.
6. Akhir sekali, taburkan bahan-bahan hiasan di atas nasi. Sedia dinikmati bersama ayam masak merah, acar buah dan kepingan papadom.