Resepi Serunding Ikan

Kalau kita dah biasa buat serunding daging ayam atau daging lembu ke, kali ini kita cuba buat pulak serunding ikan. senang jer..




BAHAN-BAHAN
• 1 kilo ikan dan asam keping
• 2 cawan santan
• ½ cawan minyak
• Garam dan gula secukup rasa

BAHAN A (DIKISAR SEMUA)
• 7 batang serai
• 2 inci halia
• 20 tangkai cili kering
• 20 biji bawang merah
• 10 biji @ 1 labu bawang putih

CARA MEMBUATNYA
• Rebus ikan dengan asam keping dan ½ sudu garam.
• Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan ditumbuk dan tulang ikan dikisar dan ambil airnya.
• Sediakan kuali dan masukkan minyak
• Masukkan bahan yang dikisar (A)
Setelah itu terus masukkan ikan dan tambahkan santan serta air rebusan ikan ke dalam kuali. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga kering. (Kena sabar sikit, sebab proses nak mengeringkan itu mengambil masa yang agak lama).