Resepi Udang Goreng Gureh

Udang sememagnya sedap jika dimasak dengan cara menggoreng. Untuk menambah kesedapannya, udang yang hendak digoreng boleh juga disalut dengan tepung yang diadun khas dan kuah sos untuk dicicah.



Cadangan hidangan : untuk 1-2 orang
Masa penyediaan : 15 minit

Bahan-bahan:
8 ekor udang besar ( dibelah belakang dan dibersihkan )
1 sudu besar tepung ubi (boleh digantikan dgn tepung jagung)
2 biji telur (dipukul sedikit )
½ sudu teh serbuk lada sulah
½ sudu teh gula
1 sudu teh kicap
Garam secukup rasa


Bahan untuk membuat sos :

4 biji cili besar
2 sudu besar gula
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka

* cara paling mudah untuk buat sos ini ialah dengan menggunakan sos Thai dah siap dijual di mana2 pasaraya.. senang cerita. Tapi kalo nak belajar, biarlah belajar dari basic, nanti sampai bila pun tak reti nak buat sos cili ni.. heheh

**kisar semua bahan utk membuat sos dan masak hingga pekat.

Cara membuatnya :

1. Gaul udang dengan tepung ubi.
2. Campur semua bahan lain dan goreng garing.
3. Sedap dimakan panas dengan sos.