Rompak Restoran Mamak Curi Laptop

Lapan lelaki termasuk dua pelajar sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan rompakan bersenjata ke atas dua buah restoran mamak di Seksyen 15 dan 24 di sini pada 28 Ogos dan 8 September lalu. (lihat video dibawah)



Semua suspek yang berusia antara 17 dan 27 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di Seksyen 16 di sini, Rawang dan Gombak antara 8 hingga 11 September.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya turut merampas sebuah motosikal yang dilaporkan dicuri, satu beg komputer riba dan topi keledar yang dipakai suspek ketika merompak.

"Siasatan mendapati seorang daripada lapan suspek itu ditahan berkaitan kes samun dalam rumah di Gombak baru-baru ini.

"Kita juga meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki, S. Veeramuthu, 19, yang dipercayai dapat membantu siasatan kes rompakan ini," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan semua suspek ditahan reman sehingga 15 September," ujarnya.

Pada 28 Ogos lepas, sekumpulan lelaki merompak sebuah restoran mamak di Seksyen 15, Shah Alam dan melarikan barangan milik pelanggan yang sedang menjamu selera di situ.

Tidak sampai dua minggu selepas itu, kumpulan sama dipercayai merompak sebuah lagi restoran mamak di Seksyen 24 pula.



P/s Jadi pada sesipa yang berhajat nak guna internet percuma di kedai mamak, berhati-hatilah kerana sesiapa sahaja boleh merampas dan melarikan laptop anda.