Rozita Che Wan Minta Bayaran Tinggi Untuk Lakunannya

Rozita Che Wan dikatakan meminta bayaran tinggi sebanyak RM3000 untuk setiap satu episod dalam sebuah drama.



Tetapi Sudah menjadi kebiasaan bagi semua syarikat produksi di negara ini memberi bayaran antara RM1,500 sehingga RM2,000 bagi setiap satu episod untuk artis. Namun apa yang terjadi, Rozita telah menuntut bayaran yang berlebihan untuk drama 13 episod.

Difahamkan, Rozita telah meminta sebanyak RM3,000 untuk setiap satu episod drama itu. Isu tersebut timbul apabila Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab dikatakan terkejut apabila Rozita menolak tawaran membintangi sebuah drama bersiri Goyang Rafique baru-baru ini.