Rumah Urut Jual Pil Seks

Bukan sekadar urutan istimewa untuk lelaki lemah tenaga batin, malah sebuah rumah urut yang menyediakan khidmat urutan tradisional menawarkan pakej dua dalam satu, apabila turut menjual pil rangsangan seks dipanggil ‘Pil Bollywood’ yang didakwa boleh menjadi lelaki gagah di ranjang.



Uniknya pil rangsangan seks berkenaan ditawarkan kepada pelanggan di kalangan lelaki yang teruja untuk mencubanya selepas dipujuk gadis tukang urut yang mendakwa pil berkenaan mampu memberi kesan serta-merta selepas dimakan.

Pil rangsangan seks haram yang tidak berdaftar itu mula diseludup masuk ke negara ini dari India sejak beberapa bulan lalu selepas didakwa mempunyai ‘power’ lebih hebat daripada pil Viagra atau Cialis.




Pil berkenaan dihasilkan daripada sejenis ekstrak alkaloid yang digunakan dalam amalan perubatan tradisional India. Ekstrak berkenaan kononnya diyakini mempunyai kehebatan melonjakkan keinginan syahwat lelaki.

“Bagaimanapun, ekstrak kimia berkenaan dikesan berbahaya kepada kesihatan berikutan mengandungi sejenis racun alkaloid dipanggil solanaceous.


Premis berkenaan menjadi lokasi tumpuan golongan lelaki tempatan yang ingin mendapatkan khidmat mengurut badan. Pemeriksaan mendapati, tugas mengurut berkenaan dilakukan beberapa gadis muda dalam bilik bertutup bagi kononnya untuk memberi ‘ketenangan’ kepada pelanggan.