Sambal Udang Manis Petai

Ini antara resepi masakan yang paling orang melayu suka, apa taknya, orang melayu memang ramai yang suka makan petai tak kira untuk dibuat ulam atau dibuat sambal. Jom kita tengok resepi sambal udang manis berpetai ni.



Bahan-bahan :

Petai
Udang - dibersihkan
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering*
Sikit belacan*
Sebiji bawang besar* (diblend sewajarnya)
Air asam jawa
Garam
Gula
Bawang besar yang dimayang

Penyediaan :

Tumiskan bawang putih.
Masukkan bahan yang di blend, biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan petai.
Balancekan rasa dengan memasukkan gula dan garam mengikut kadar yang sesuai.
Masukkan udang dan bawang besar yang dimayang.
Biarkan mendidih seketika dan boleh tutup api, dan sedia untuk dihidang.