Sejarah Pasir Salak

Pasir Salak merupakan sebuah bandar yang terletak di tepi Sungai Perak, Perak, Malaysia. Di seberang sungai terletaknya pekan Kampung Gajah. Di belakang Pasir Salak terletaknya jelapang padi Seberang Perak.




Sebelum tahun 1980, ramai penduduk kampung di tepian Sungai Perak terpaksa menaiki bot penampang berenjin untuk pergi ke bandar Teluk Intan.

Sebelum tahun 1987, penduduk Pasir Salak terpaksa naik bot penampang kayuhan tangan untuk pergi ke Kampung Gajah yang terletak di seberang sungai.

Sehingga 2005, Pasir Salak masih lagi merupakan sebuah kampung tradisional Melayu beridentitikan rumah kutai dan rumah litmas negeri Perak.

Pada tahun 1987, sebuah jambatan telah dibina antara Kampung Gajah dengan Pasir Salak. Sejak itu perkhidmatan bot penambang telah ditutup, bekalan air dibekalkan ke merata kampung dan jalan tar dibina ke semua hujung kampung

Pasir Salak sinonim dengan sejarah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British yang memandai-mandai mengutip cukai mengikut peraturan mereka. Lantas itu Dato' Maharaja Lela Pandak Lam bingkas bangun menjulang keris apabila Sultan Abdulah iaitu Sultan Perak pada tahun 1874 yang curiga, kesal dan 'terlajak' dengan Perjanjian Pangkor yang ditandatangani di dalam HMS Pluto di Pulau Pangkor.

Nama Pasir Salak berasal dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak. Salak ialah sejenis buah, kulitnya berwarna coklat, isi agak putih dan pokoknya seperti Pokok Nipah.

Sungai merupakan nadi kehidupan masyarakat di tepi sungai sebagaimana penduduk Pasir Salak. Di sungai inilah penduduk kampung menyara hidup dengan menjadi nelayan sungai, bot penambang, menghanyutkan buluh dan balak, mengangkut buah durian dan lain-lain buah-buahan ke Teluk Intan.

Sungai Perak yang jernih jauh dari pencemaran air lombong bijih timah yang amat-amat keruh. Maka banyaklah pokok salak tumbuh liar dan sesetengahnya ditanam.